Friday, May 7, 2010

FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM


Siapa yang tidak boleh mengambil RXLite dan mengapa?

RXLite tidak sesuai bagi ibu mengandung dan ibu menyusu kerana kandungan bahan aktif yang membakar lemak boleh membawa kesan mudarat kepada bayi yang memerlukan lemak untuk proses tumbesaran. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun kerana kebiasaannya lemak kanak-kanak akan hilang dengan sendiri apabila mereka mencecah umur matang. Akhir sekali, mereka yang mempunyai sejarah sawan, tidak dibenarkan mengambil RXLite kerana reaksi bahan aktif pembakar tidak serasi dengan tubuh badan pesakit sawan.


Bilakah masa paling sesuai untuk mengambil RXLite dan kekerapannya?

Jumlah minima untuk keberkesanan efektif adalah 2 peket sehari untuk menggantikan 2 waktu makan biasa anda. Sebagai contoh, anda menggantikan sarapan dan makan tengahari dengan RXLite. Masa yang paling sesuai adalah apabila anda berasa lapar untuk makan dan bukan mengikut jadual tertentu. Bagi mereka yang benar-benar ingin keputusan pantas dan tidak membawa sebarang masalah kesihatan, anda digalakkan mengambil 3 peket sehari untuk mengganti sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang atau snek malam.


Apakah jenis pemakanan yang sesuai sewaktu mengambil RXLite?

Untuk kesan yang optimum, anda digalakkan mengubah kandungan pemakanan anda dari lebih karbohidrat (nasi, roti, ubi dan lain-lain) kepada lebih banyak protein (ayam, ikan, daging dan lain-lain). Nasi dan Roti terutamanya boleh membantut proses pelangsingan badan anda disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi dan budaya pemakanan orang Asia yang menekankan menu nasi.


Adakah berat badan akan berkurangan dengan hanya meminum RXLite?

Ya. Walaubagaimanapun, untuk kesan yang lebih pantas, efektif dan sekata, anda dinasihatkan mengamalkan Terapi Pemakanan Pelangsingan RXLite dan meningkatkan aktiviti fizikal harian anda. Diet yang berat protein dan kurang karbohidrat beserta pergerakan fizikal yang banyak dapat membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Apakah kesan sampingan meminum RXLite?

RXLite telah direka dengan formula yang memberi impak minima terhadap tubuh badan manusia. Sebarang tindak balas yang berlaku merupakan respon tubuh badan secara semulajadi terhadap elemen baru yang diterima. Kajian kami menunjukkan bahawa sebarang ketidakselesaan (jika ada) akan hilang setelah penggunaan selama beberapa hari.